Aku punya sahabat.. Tapi tidak ramai seperti ramainya kawan.. Pembaca setia blog nie *ada ke?* mungkin tau persepsi kwn n sahbt bagi aku.. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.. Aku percaya korang semua juga mempunyai sahabat.. Tapi tau ke korang batasan sebagai seorang sahabat? Pernah ke korang terfikir mengenai batasan untuk menjadi seorang sahabat? Mari kita rungkaikan kisah ini..
——————————————–
kisah 1
Hamidon (bukan nama sebenar) adalah sahabat aku dari kecil lagi.. Dari sekolah rendah hinggalah sekarang kami masih mengekalkan persahabatan itu.. Aku masih lagi ingat di zaman sekolah menengah, tempat duduk dia mesti di sebelah aku.. Aku langsung tak penah bawak buku teks.. Cuma dia je yang bawak dan aku berkongsi dengannya.. Buat jahat sama2, isap rokok sama2, belasah budak sama2, pau budak sama2 dan banyak lagi la.. Sehingga sambung belajar pun duduk rumah sama2 walaupon berlainan tempat belajar..
Sehinggalah dia berkenalan dengan seorang gadis yang boleh dikatakan kekasih Hamidon.. Sejak dari itu baru aku sedar yang aku seperti sudah dipinggarkan.. Sudah kurang masanya gelak ketawa dan sesi kutuk mengutuk antara lain.. Dan kurang juga komunikasi antara kami..
kisah 2
Aminah (bukan nama sebenar) boleh dikatakan sahabat perempuan aku yang paling rapat.. Kami memang rapat sehinggakan ada yang menyatakan kami nie pasangan kekasih.. Kami selalu keluar makan bersama, berhibur bersama2.. Boleh aku katakan setiap malam mesti kami berbalas SMS jika tak berjumpa.. Segala masalah dia aku tau dan sebaliknya..
Sehinggalah dia berjumpa dengan lelaki idamannya.. Sejak dari tu memang payah untuk aku berjumpa dengannya.. Tiada lagi SMS dari dia.. Sampai satu tahap, macam timbul perasaan jaggal dan segan pulak sebab dia dah berpunya.. Aku sedikit pon tak jeles dengan dia.. Suka lagi ada la sebab tengok dia bahagia.. Tapi…
kisah 3
Razak (bukan nama sebenar) memang seorang yang malas nak belajar, tapi rajin berkerja.. Razak samalah seperti Hamidon iaitu member sekepala di zaman sekolah..
Tapi Razak lain pula kesnya.. Dia terlalu kuat bekerja sehingga lupa dengan dunia luar dia.. Dia dah tak pedulikan perkara lain selain dari tugas dia.. Sampaikan sahabat2 dia pon dia dah tak terlalu ambil kisah..
——————————————–
Aku pernah terfikir “macam nie ke namanya sahabat? tinggalkan sahabat setelah apa yang dia nak dah dapat” Tapi aku cuba berfikiran positif.. Fikirkan kembali apa yang aku dah lakukan juga.. Disaat aku bersama ***** aku, pernah ke aku teringatkan sahabat aku? Disaat aku bergembira berjoli sakan, pernah ke terlintas mengajak sahabat aku?
Bersahabat bukan bermakna aku boleh mengongkong kehidupan dia.. Itu adalah hak peribadi.. Hak yang aku tak boleh membeli dan memilikinya.. Ini samalah seperti ‘aku boleh sentuh, tapi aku tak boleh nak ambil’.. Jadi aku perlu faham sebab aku pon adalah seperti sahabat2 aku.. Sahabat aku juga ada kehidupannya sendiri..
maafkan aku sahabat
No comments:
Post a Comment