Friday, October 29, 2010
Exam finish (kyna came 2 my house). yahooo...
Thursday, October 28, 2010
today story thursday october 28, 2010
Wednesday, October 27, 2010
Math ohh MatH
Tuesday, October 26, 2010
october 26 , 2010
Monday, October 25, 2010
aku sebenarnye syg korunk la... :(
Erti kwn sebenar..:)
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama
seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih
pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding
hati anda.
ERTI KAWAN :
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit......
kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus me ngalir.....
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana ....
kate sedare,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, me ngikut saje ape dikata........
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.......
kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan diaselamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!
monday october 25,2010
Saturday, October 23, 2010
BUSUK HATY TAIK KAMBENG!!
Warghhhh!!!! Kenapa golongan orang macam nie selalu membuatkan aku xsenang?? Cuba la golongan nie xder.. Senang jer orang lain nak hidup.. Dan kenapa pulak aku yang selalu menjadi mangsa golongan2 berfikiran sempit nie? Setiap kali aku mencuba dan mempelajari lalu memahami, pasti dalam diam golongan nie wujud untuk menjatuhkan aku..
Takkan lah sebab wujudnya golongan nie aku tidak berhak untuk berbuat apa2?? Dan aku hanya perlu berdiam diri supaya golongan ini akan terus succes dan aku pulak masih berada pada tahap yang lama?? Takkan lah sebab pencapaian aku yang tidak seberapa perlu dijadikan modal untuk DOSA AKU YG LALU?? Kenapa sanggup bersusah payah untuk mencari kesalahan orang lain sedangkan taik sudah melekat kat badan sendiri?? Perghh!! Banyak betul persoalan yang masih kabur untuk diselesaikan..
Dan yang paling penting…. Kenapa golongan nie berfikiran sempit!!! Cuba jadikan itu sebagai persaingan sihat.. Bersaing memantapkan ilmu diri dengan cara yang bersih sambil memberi tunjuk ajar ilmu yang baru.. Susah ker??? Rugi ke kalau ilmu dikongsi dan dinikmati bersama tanpa wujudnya sifat dengki lakhanattu??
Aku selalu berpegang pada prinsip nie..BIARKAN MEREKA DGN HIDOP MEREKA DAN SESUNGGUH NYE AKU BERDOA KPD ALLAH SUPAYE MENGAMPUNI DOSA2 MEREKA...
Bila hati dah selalu berfikiran negatif dan diracuni oleh syaitoonn.. Memang segala yang dilakukan orang lain adalah salah semuanya.. Sudahlah.. Buang la segala sifat2 golongan xbertamadun tu.. Kita sama2 memajukan diri.. Belajar dan berkongsi.. Tiada ruginya.. Janganlah asyik menjatuhkan orang lain sedangkan diri sendiri hampir tersungkur.. Selagi ada golongan nie kat Malaysia, aku pasti Malaysia tidak akan mampu bersaing dengan dunia luar.. Paham2kan lah.. Aku memang xpandai berbahasa.. Tapi baguslah kalau 1 daripada 10 luahan ini masuk dan simpan di kotak hati..
Belajar tanpa berfikir tiada gunanya.. Berfikir tanpa belajar adalah bahaya!!
Terbitnya entri nie setelah cik revenge meminta pendapat aku mengenai ‘kawan sejati vs kawan palsu’.. Tapi aku lebih suka menggunakan title seperti di atas.. Aku mempunyai pendapat sendiri mengenai maksud ‘teman’ ini.. Ini adalah mengikut definisi aku sendiri.. So.. Aku punya suka la kan apa aku nak tulis kan.. Haha..
Aku memandang sahabat lebih "tinggi" daripada "kawan".. Semua orang aku anggap "kawan" aku.. Tapi bukan semua menjadi "sahabat" aku.. Situasi mudah aku beri untuk "sahabat" adalah “barang kau aku punya dan barang aku kau punya”.. Berlainan pulak dengan "kawan" yang mana “barang kau kau punya dan barang aku, aku yang punya” Haha.. Semakin pelik..
Lebih 13 tahun aku bernafas kat dunia nie (bajet mcm lame sgt jea).. Bermacam2 ragam kawan aku jumpe.. Bermacam lokasi aku singgah.. Dan di semua tempat aku ada "kawan".. Tapi aku tak pernah jumpa pulak diantaranya menjadi "sahabat" aku.. Kebanyakan mereka hanya sekadar teman sekelas di sekolah, teman berbual di kantin, teman bergembira dan sebagainya.. Tapi kenapa aku masih tak anggap dorang sebagai ""sahabat" aku?
Sebelum nie aku ada menulis mengenai "sahabat" di entri peristiwa kemalangan aku.. Yup!! Itulah salah satu contoh yang layak dipanggil "sahabat".. Susah bersama dan senang bersama.. Berlainan pulak ngan "kawan"yang hanya tau senang sahaja bersama2.. Aku berani cakap dalam dunia nie sekerat dua jer yang boleh bersusah senang dengan orang lain..
Seperti di dalam mengenai aku, aku selalu menjadi tempat perkongsian masalah dan aku selalu menjadi tempat mencari jalan penyelesaian.. Tapi bila aku seperti ada masalah hanya ini jer aku terima; “ko ok ker? (puih!! macm ****) aku tgk mcm ade tak kne jea.. koa ade msalah kea??”.. Bagi aku itu tak cukup.. Bukanla aku nak kan balasan, tapi sudah berbaloi jika dorang bercakap "citerla kat aku..mne thu aku boleyh tolang",
"sahabat" bagi aku bukan la hanya dialog “kau la "sahabat" aku dunia akhirat”.. Nilailah sendiri dan hargainya walau si ‘sahabt’ tidak mengerti.. Mencari biji cili di celahan gigi lebih senang dari mencari sahabat.. Sebaik2 sahabat tidak bermakna kita tak perlukan kawan.. Penulisan aku di atas bukanlah bermakna aku memandang keji pada yang bertitle friend n friend"s.. Keseimbangan jiwa itu perlu untuk pengurusan hidup yang bermakna... dan aku terase seakan ade seorg kwn yg mengerti aku walaw aku tak rehat bersme.. jmpe pown kdg2.. tpy.. once aku nanes.. dye ade.. dan ingin benar mendegar cerita luka ku ini.. (syg kaw la SAHABATKU)
dan bru lah aku mengerti.. selama apa yg aku anggap kn mereka b'dua" sahabt" ternyata mereka bkn... dan mna yg aku angap kwn seperjuangan.. itu adalah sahabt sejati... sesungguh nya.. dia sahabat yg lebih memamhami.. dri.. ayt ("entah tak thu.mne la aku thu...bt ape nak pujok bkn salah kiteorg") pedih benar mendengarkn nya.. :(
hargai la ke2-2 nya.. friend n friend's... :)
penting Nye Ade KWaN
maAfkaN aku SaHaBaT !!
Aku punya sahabat.. Tapi tidak ramai seperti ramainya kawan.. Pembaca setia blog nie *ada ke?* mungkin tau persepsi kwn n sahbt bagi aku.. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.. Aku percaya korang semua juga mempunyai sahabat.. Tapi tau ke korang batasan sebagai seorang sahabat? Pernah ke korang terfikir mengenai batasan untuk menjadi seorang sahabat? Mari kita rungkaikan kisah ini..
——————————————–
kisah 1
Hamidon (bukan nama sebenar) adalah sahabat aku dari kecil lagi.. Dari sekolah rendah hinggalah sekarang kami masih mengekalkan persahabatan itu.. Aku masih lagi ingat di zaman sekolah menengah, tempat duduk dia mesti di sebelah aku.. Aku langsung tak penah bawak buku teks.. Cuma dia je yang bawak dan aku berkongsi dengannya.. Buat jahat sama2, isap rokok sama2, belasah budak sama2, pau budak sama2 dan banyak lagi la.. Sehingga sambung belajar pun duduk rumah sama2 walaupon berlainan tempat belajar..
Sehinggalah dia berkenalan dengan seorang gadis yang boleh dikatakan kekasih Hamidon.. Sejak dari itu baru aku sedar yang aku seperti sudah dipinggarkan.. Sudah kurang masanya gelak ketawa dan sesi kutuk mengutuk antara lain.. Dan kurang juga komunikasi antara kami..
kisah 2
Aminah (bukan nama sebenar) boleh dikatakan sahabat perempuan aku yang paling rapat.. Kami memang rapat sehinggakan ada yang menyatakan kami nie pasangan kekasih.. Kami selalu keluar makan bersama, berhibur bersama2.. Boleh aku katakan setiap malam mesti kami berbalas SMS jika tak berjumpa.. Segala masalah dia aku tau dan sebaliknya..
Sehinggalah dia berjumpa dengan lelaki idamannya.. Sejak dari tu memang payah untuk aku berjumpa dengannya.. Tiada lagi SMS dari dia.. Sampai satu tahap, macam timbul perasaan jaggal dan segan pulak sebab dia dah berpunya.. Aku sedikit pon tak jeles dengan dia.. Suka lagi ada la sebab tengok dia bahagia.. Tapi…
kisah 3
Razak (bukan nama sebenar) memang seorang yang malas nak belajar, tapi rajin berkerja.. Razak samalah seperti Hamidon iaitu member sekepala di zaman sekolah..
Tapi Razak lain pula kesnya.. Dia terlalu kuat bekerja sehingga lupa dengan dunia luar dia.. Dia dah tak pedulikan perkara lain selain dari tugas dia.. Sampaikan sahabat2 dia pon dia dah tak terlalu ambil kisah..
——————————————–
Aku pernah terfikir “macam nie ke namanya sahabat? tinggalkan sahabat setelah apa yang dia nak dah dapat” Tapi aku cuba berfikiran positif.. Fikirkan kembali apa yang aku dah lakukan juga.. Disaat aku bersama ***** aku, pernah ke aku teringatkan sahabat aku? Disaat aku bergembira berjoli sakan, pernah ke terlintas mengajak sahabat aku?
Bersahabat bukan bermakna aku boleh mengongkong kehidupan dia.. Itu adalah hak peribadi.. Hak yang aku tak boleh membeli dan memilikinya.. Ini samalah seperti ‘aku boleh sentuh, tapi aku tak boleh nak ambil’.. Jadi aku perlu faham sebab aku pon adalah seperti sahabat2 aku.. Sahabat aku juga ada kehidupannya sendiri..
maafkan aku sahabat
adakah aku punya kwn baik seperti ini??
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalahkawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, keranakawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepadakawan baik kita.
are not only together...
when they are side by side...
even one who is far away is still in our
thought when we in trouble ...
This my totaly secret revenge that wanna 2 shre with all of u.. wanna 2 show's 2 my "besties"
kwn slalu ade bile kite senag.. but.. once's kite sush ... semua lary lintang pukang mcm ape jea....
aku still ta phm dgn konsep nie.. maseh ade lgy melayu yg mcm nie kn?? klu aku la.. ase nye ta sggop aku bt kwn aku mcm 2... ta ade kea rase kesian kea ape.... btw...
knape?? persoalan nye knpe???
kWN .. HNYE ADE BILE SENANG?? but ...bile sUSH LARI??
knpe?? ade jwpan ta??
yes... dania shah... secret revenge belom ade jwpan nye dan sedang mencri2 di manakah erti kwn sejati??...
2 my lovely Friend...
